Apa dayaku jika ada antara mereka yang sememangnya tidak mahu berubah... Apa dayaku jika mereka tetap menyampahkan nama aku...
Apa dayaku jika mereka tidak mengenali bahawa apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan mereka semata-mata...
Kekadang perbuatanku supaya mereka berfikir lebih matang lagi,
Lebih meluas lagi, lebih mendalam lagi.
Begitu terkilan rasanya di hati
Apabila niat yang murni
Dipersalahkan
Tidak terhirau
Disalahsangkakan sama sekali.
Sanggupkah aku teruskan perjalananku?
Mampukah jiwaku terus menerima hakitat
Bagaikan pukulan bertalu-talu?
Demi namaMu akan ku memikul beban ini
Demi namaMu akan ku cuba menyayangi, mencintai
Demi namaMu yang Maha Esa sahaja, Ya Tuhan.
No comments:
Post a Comment